Wednesday 23 March 2016

PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri telah pun mempunyai sistem pemerintahan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan undang-undang laut melaka dan hukum kanun melaka. Sementara itu, negeri - negeri yang lain mengamalakan adat tradisional seperti adat temenggung dan adat perpatih. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekututan Malaysia pada tahun 1963.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1957. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaysia, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.




Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.
Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.









Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian ia telah diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sejarah kewujudan perlembagaan melambangkan pembentukan perlembagaan bagi Tanah Melayu bukanlah mudah dan ia telah melalui proses yang panjang dan lama. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu (NNMB).
Semasa Perang Dunia Kedua (1942 - 1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kemudian kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baru , iaitu Malayan Union pada April 1946. Walaubagaimanapun, Malayan Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu bentuk pentadbiran yang baru iaitu Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
Majlis perundangan terdiri daripada anggoa rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
   Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. Tujuannya ialah untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (Uk), Sir Wiliam Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) . Perlantikkan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah .
     Suruhanjaya Reid telah mengadakan referedom dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasok orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya . Pada bulan Okteber 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhir nya, darft perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah di bentuk pada 31 ogos 1957.
Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 di kuat kuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindannya ialah akta Malaysia yang di luluskan dalam tahun 1963 meminda Pekara 1(1) dan (2) untuk kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.













Peranan perlembagaan

Secara am nya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting kerana dengan wujudnya pwrlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevent dengan perubahan zaman. Jika di selidiki, ternyata perlembagaan mempunyai bebrapa fungsi seperti dibawah.





PERANAN
PERINCIAN
Mewujudkan pemerintahan yang adil
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah bedasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa pekara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain lain lagi. Sebagai contoh, walaupon perlembagaan memperuntukkan Agama Islam sebagai persekutuan / rasmi negara (dalam bahagiam 1, pekara 3(1) ), tetapi agama lain juga bebas di amalkan di Malaysia .
Menggelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pegerakkan kerajaan dan rakyat
Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat menggelakkan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak . Sebagai mana yang digariskan dakam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan / raja / Yang Di Pertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan.
Alat penyelesaian masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang undang  tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang undang Persekutuan dan negeri. Bahkan , sebarang masalah dalam pembuatan undang undang atau rujukan apa apa hukuman kepada seseorang warga negara adalah berasakan perlembagaan
Mengekalkan riwayat negara bangsa
Pembentukkan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang undang negara dapat dilaksanakan.
Menjaga kesatabilan negara
Sesunguhnya perlembagaan telah berjaya dibentuk keamanan dan kesatabilan negara. Hal ini memandangkan terdaptnya sekatan sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pegerakkan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun , kebeasan dan keistimewaan ini ada had nya apabila terdapat pekara pekara yang difikirkan perlu untuk menyekat kan kebebasan mereka (Bahagian 2, Pekara 10).

Bentuk bentuk perlembagaan

Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan di susun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan ini mengandungi 3 sifat yang utama iaitu:
1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang undang terhadap pekara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang undang yang bertentangan dengan kebebsan asasi.
3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang undang dan melindungi perlembagaan.

 Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya akta parlimen dan keputusan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis , iaitu parlimen mendapat kuasa daripda perlembagaan.








KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat difahami dari perspektif berikut, merupakan undang - undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan





UNDANG UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia:
·         Perlembagaan ialah undang - undang utama Persekutuan dan mana - mana undang - undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak laras tersebut.
·         Kesalahan mana - mana undang - undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
ü  undang - undang itu mengenakan sekatan - sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara - perkara yang disebut dalam Perkara itu atau
ü  undang - undang itu mengenakan mana -mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan - sekatan itu tidak ditafsirkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud - maksud yang disebut dalam Perkara itu.
·         Kesahan mana - mana undang - undang yang dibuat oleh Parlimen atau bada Perundangan mana - mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang - undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa - apa prkara yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang - undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang - undang itu adalah tidak sah atas alasa itu atau:
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.
·         Prosiding untuk mendapatkan penetapa bahawa sesuatu undang - undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) ( iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu ) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim mahkamah persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana - mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana - mana negeri yang aka atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perengga (a) atau (b) fasal itu.