Wednesday 23 March 2016

KUASA BUDI BICARA

KUASA BUDI BICARA
1. pekara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Majlis Raja - Raja membincangkan pekara - perkara yang berikut, Raja - Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka untuk :
(a) Memilih Yang di - Pertuan Agong atau memecat Yang di - Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
(b) Memberikan nasihat mengenai apa - apa pelantikan;
(c) Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa - apa undang - undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja - Raja;
(d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa - apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
(e) Pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau

(f) Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

2 comments:

  1. boleh sy tahu sumber dia dari mana ye..cuma mahu tahu bkn apa2..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber dari carian google dan buku teks pengajian Malaysia

      Delete