Wednesday 23 March 2016

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI


Peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda:
i. Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu  tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
ii. Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa - apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain:
a) Apa - apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan Negeri
b)  Apa - apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana - mana peruntukkan perlu yang dinyatakan dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut Sesyen 4, jadual tersebut.

Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
(1) Pelantikan dan sifat - sifat waris taktha, permaisuri Raja atau pemangku Raja atau ahli - ahli Jemaah Pemangku Raja Negeri.
(2) Pemecatan, penarikan diri, penurunan taktha Raja atau warisnya.
(3) Pelantikkan dan sifat - sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
(4) Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat gelaran,   kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai Raja dan istana.

Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.






No comments:

Post a Comment