Wednesday 23 March 2016

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian ia telah diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sejarah kewujudan perlembagaan melambangkan pembentukan perlembagaan bagi Tanah Melayu bukanlah mudah dan ia telah melalui proses yang panjang dan lama. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu (NNMB).
Semasa Perang Dunia Kedua (1942 - 1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kemudian kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baru , iaitu Malayan Union pada April 1946. Walaubagaimanapun, Malayan Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu bentuk pentadbiran yang baru iaitu Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
Majlis perundangan terdiri daripada anggoa rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
   Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. Tujuannya ialah untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (Uk), Sir Wiliam Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) . Perlantikkan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah .
     Suruhanjaya Reid telah mengadakan referedom dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasok orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya . Pada bulan Okteber 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhir nya, darft perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah di bentuk pada 31 ogos 1957.
Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 di kuat kuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindannya ialah akta Malaysia yang di luluskan dalam tahun 1963 meminda Pekara 1(1) dan (2) untuk kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.













2 comments:

  1. Do you realize there is a 12 word sentence you can speak to your partner... that will trigger intense emotions of love and impulsive attraction for you deep within his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, please and protect you with all his heart...

    ====> 12 Words Will Trigger A Man's Love Impulse

    This impulse is so built-in to a man's mind that it will drive him to work better than before to build your relationship stronger.

    Matter-of-fact, triggering this all-powerful impulse is absolutely important to getting the best ever relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

    ...You will instantly find him expose his mind and soul to you in such a way he never expressed before and he will recognize you as the one and only woman in the universe who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete