Majlis Raja -
Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi
menggantikan Mesyuarat Raja - Raja Negeri - Negeri Bersekutu yang dikenali
sebagai Majlis Raja - Raja Melayu (Durbar).
Kali pertama
ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat
orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Mesyuarat
yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat
pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja - Raja Melayu.
Fungsi
Majlis Raja - Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah
institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini.
Apabila
negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja - Raja telah dikanunkan
mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas - tugasnya
mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut :
(1) Memilih Yang di - Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di - Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual
Ketiga
(2) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
(3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa -
apa undang - undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa
pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja -
Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis
Raja - Raja
(4) Melantik
anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182
(5) Memberi ampun, reprief dan respit, atau
meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman - hukuman, di bawah Fasal (12)
Perkara 42,
(6) Dan boleh menimbangkan soal - soal mengenai
dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa - apa
jua perkara lain yang difikirkannya patut.
Majlis Raja - Raja hendaklah diminta
fikirannya sebelum dibuat apa - apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan
pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang
Melayu, bumiputera serta juga hak kaum - kaum lain).
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebagus nyee untuk orang yang nk meduduk kn SPM ni macm saya
ReplyDeleteMenduduki spm
Deletelain kali jangan begitu ya , waterpark men
ReplyDeleteMenduduki spm 2021...sgt useful nota ini..tqsm
ReplyDelete