Wednesday, 23 March 2016

UNDANG UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia:
·         Perlembagaan ialah undang - undang utama Persekutuan dan mana - mana undang - undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak laras tersebut.
·         Kesalahan mana - mana undang - undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
ü  undang - undang itu mengenakan sekatan - sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara - perkara yang disebut dalam Perkara itu atau
ü  undang - undang itu mengenakan mana -mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan - sekatan itu tidak ditafsirkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud - maksud yang disebut dalam Perkara itu.
·         Kesahan mana - mana undang - undang yang dibuat oleh Parlimen atau bada Perundangan mana - mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang - undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa - apa prkara yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang - undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang - undang itu adalah tidak sah atas alasa itu atau:
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.
·         Prosiding untuk mendapatkan penetapa bahawa sesuatu undang - undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) ( iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu ) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim mahkamah persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana - mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana - mana negeri yang aka atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perengga (a) atau (b) fasal itu.






No comments:

Post a Comment