Wednesday 23 March 2016

PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri telah pun mempunyai sistem pemerintahan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan undang-undang laut melaka dan hukum kanun melaka. Sementara itu, negeri - negeri yang lain mengamalakan adat tradisional seperti adat temenggung dan adat perpatih. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekututan Malaysia pada tahun 1963.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1957. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaysia, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.




Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.
Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.









Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian ia telah diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sejarah kewujudan perlembagaan melambangkan pembentukan perlembagaan bagi Tanah Melayu bukanlah mudah dan ia telah melalui proses yang panjang dan lama. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu (NNMB).
Semasa Perang Dunia Kedua (1942 - 1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kemudian kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baru , iaitu Malayan Union pada April 1946. Walaubagaimanapun, Malayan Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu bentuk pentadbiran yang baru iaitu Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
Majlis perundangan terdiri daripada anggoa rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
   Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. Tujuannya ialah untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (Uk), Sir Wiliam Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) . Perlantikkan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah .
     Suruhanjaya Reid telah mengadakan referedom dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasok orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya . Pada bulan Okteber 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhir nya, darft perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah di bentuk pada 31 ogos 1957.
Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 di kuat kuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindannya ialah akta Malaysia yang di luluskan dalam tahun 1963 meminda Pekara 1(1) dan (2) untuk kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.













Peranan perlembagaan

Secara am nya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting kerana dengan wujudnya pwrlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevent dengan perubahan zaman. Jika di selidiki, ternyata perlembagaan mempunyai bebrapa fungsi seperti dibawah.





PERANAN
PERINCIAN
Mewujudkan pemerintahan yang adil
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah bedasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa pekara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain lain lagi. Sebagai contoh, walaupon perlembagaan memperuntukkan Agama Islam sebagai persekutuan / rasmi negara (dalam bahagiam 1, pekara 3(1) ), tetapi agama lain juga bebas di amalkan di Malaysia .
Menggelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pegerakkan kerajaan dan rakyat
Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat menggelakkan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak . Sebagai mana yang digariskan dakam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan / raja / Yang Di Pertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan.
Alat penyelesaian masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang undang  tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang undang Persekutuan dan negeri. Bahkan , sebarang masalah dalam pembuatan undang undang atau rujukan apa apa hukuman kepada seseorang warga negara adalah berasakan perlembagaan
Mengekalkan riwayat negara bangsa
Pembentukkan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang undang negara dapat dilaksanakan.
Menjaga kesatabilan negara
Sesunguhnya perlembagaan telah berjaya dibentuk keamanan dan kesatabilan negara. Hal ini memandangkan terdaptnya sekatan sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pegerakkan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun , kebeasan dan keistimewaan ini ada had nya apabila terdapat pekara pekara yang difikirkan perlu untuk menyekat kan kebebasan mereka (Bahagian 2, Pekara 10).

Bentuk bentuk perlembagaan

Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan di susun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan ini mengandungi 3 sifat yang utama iaitu:
1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang undang terhadap pekara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang undang yang bertentangan dengan kebebsan asasi.
3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang undang dan melindungi perlembagaan.

 Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya akta parlimen dan keputusan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis , iaitu parlimen mendapat kuasa daripda perlembagaan.








KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat difahami dari perspektif berikut, merupakan undang - undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan





UNDANG UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia:
·         Perlembagaan ialah undang - undang utama Persekutuan dan mana - mana undang - undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak laras tersebut.
·         Kesalahan mana - mana undang - undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
ü  undang - undang itu mengenakan sekatan - sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara - perkara yang disebut dalam Perkara itu atau
ü  undang - undang itu mengenakan mana -mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan - sekatan itu tidak ditafsirkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud - maksud yang disebut dalam Perkara itu.
·         Kesahan mana - mana undang - undang yang dibuat oleh Parlimen atau bada Perundangan mana - mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang - undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa - apa prkara yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang - undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang - undang itu adalah tidak sah atas alasa itu atau:
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri
ü  jika undang - undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.
·         Prosiding untuk mendapatkan penetapa bahawa sesuatu undang - undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) ( iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu ) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim mahkamah persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana - mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana - mana negeri yang aka atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perengga (a) atau (b) fasal itu.






KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

§  Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat da pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia.
§  Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntuka dalam jadual berikut:


 
PERUNTUKAN
BUTIRAN
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap - tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang  - undang mengenainya. Contoh undang - undang yan boleh dibuat oleh Parlime ialah Pertahanan, Pelajaran, Hal Ehwal Luar Negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara - perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang - undang di luar perkara persekutuan, undang - undang tersebut adalah tidak sah. Undang - undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan YDPA
Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi, baginda tertakluk kepada halangan - halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. baginda ialah Raja Beperlembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
Kuasa Perundangan
Dijalankan oleh berbagai - bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenaka oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga - tiga cabang kerajaan ( perundangan, pentadbiran, kehakiman ) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Kebebasan Asasi
Merupaka elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuag negara seseorang warganegara, tidak boleh menaha seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana - mana orang melainkan menurut undang - undang. Maka, terdapatlah banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.





PINDAAN PERLEMBAGAAN

Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda kurang lebih 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda.

Sesetengah perkara hanya boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap - tiap dewan, dengan syarat telah medapat persetujuan Majlis Raja - Raja. Perkenan dan Persetujuan Majlis Raja - Raja diperlukan dalam membuat apa - apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan Raja - Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan. Sebahagian perkara memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.



PERKARA
BUTIRAN
Perkara 159 (4)
Sesetengah perkara yang boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap - tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
Perkara 161 (E)
Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap - tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana - mana negeri.


                                                                                
  

PERKARA PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

PEMISAHAN SINGAPURA - Pemisahan mana - mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja - Raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada Ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. Oleh itu, pada bulan September 1963, Singapura keluar dari persekutuan Malaysia.
MENGENAI GENDER - Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukka perkatan gender supaya tiada lagi sebarang undang - undang atau dasar yang mendiskriminasi wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. Perkataan 'jantina' aka ditambah kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan "kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara atau semata - mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana - mana undang - undang."

KEKEBALAN RAJA - Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa - apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuiti Raja - Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa - apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja - raja daripada tidakan undang - undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini, dipercayai bahawa perasaa marah kepada raja atau sistem beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang - undang daripada dianiaya oleh raja, dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap raja tidak akan melakukannya.



KEDUDUKAN YANG DIPERTUAN AGONG ATAU KEDUDUKAN RAJA

i) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi  tindakan undang - undang. Begitu juga degan Raja - Raja negeri sekiranya raja menghadapi tindakan undang - undang, raja hendaklah berhenti menjalanka fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari, maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.
ii) Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi - fungsinya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalakan fungsi raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi - fungsi raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaia ini diperlukan bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi raja.
iii) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengadungi peruntukan - peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Maka, selaras dengan pindaan yang diperbuat Jadual Kelapan, kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
PENGURUSAN BEKALAN AIR -  Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekala air pada peringkat negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak. hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap da berkesan, walaupun qir sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

KES ROGOL - Pada tahun 1989, beberapa undang - undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatka tahap keadila atau sense of justicebagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenaka tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahka tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

i) Terdapat beberapa proses yang terlibat sebelum sesuatu rang undang - undang itu dipinda. Sesuatu rang undang - undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
ii) Di dewan Parlimen, rang  undang - undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jaatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.
iii) Setelah dibahaskan, rang undang - undang Akta Perlembagaan (Pindan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv) Menurut prosuder, rang undang undang dihantarkan kepada Yang di Pertuan Agung untuk diperkenankan. setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agung mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan, iaitu:
          1. Baginda memberi perkenan kepada rang undang undang tersebut dalam tempoh 30 hari.
           2. Baginda memulangkan semula kepada parlimen dengan menyatakan sebab rang undang undang       tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh parlimen.

v) Pengubahsuain yang dibuat terhadap rang undang undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja raja. pengubahsuain ini tidak menjejaskan tujuan pertama rang udang undang akta perlembagaan (pindaan)1993 yang diluluskan oleh parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah undang undang negara.



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 pekara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja Raja Melayu dan hak  orang Melayu, soal Bahasa Melayu, Agama, kewargenegaraan, kehakiman  dan sebagainya.
2. Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
. Agama Islam sebagai agama rasmi;
. Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
. Soal kerakyatan






KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Bahagian
Butir-butir
Perkara
1
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan
Perkara 1-4
2
Kebebasan Asasi
Perkara 5-13
3
Kewarganegaraan
Perkara 14-31
4
Persekutuan
Perkara 32-69
5
Negeri-negeri
Perkara 70-72
6
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Perkara 73-95E
7
Peruntukan-peruntukan kewangan
Perkara 96-112D
8
Pilihan raya
Perkara  113-120
9
Kehakiman
Perkara 121-131A
10
Perkhidmatan Awam
Perkara 132-148
11
Kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan Subversif dan kuasa-kuasa Darurat
Perkara 149-151
12
Am dan Pelbagai
Perkara 152-160
12A
Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Perkara 161-161H
13
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 162-180
14
Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya
Perkara 181
15
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Perkara 182-183