Wednesday 23 March 2016

KEWARGANEGARAAN

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seseorang  boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara iaitu :
i  Secara kuat kuasa undang-undang – terdapat dua golongan iaitu :
a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi
warganegara Persekutuan yang akan menjadi warganegara secara automatik.
b) Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi
warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.
ii. Secara pendaftaran / permohonan :
a) Isteri dan anak warganegara
b) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
c) Seseorang yang berumur 18 tahun  atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
d. Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia
iii. Kewarganegaraan secara kemasukan :
a) Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum         tarikh permohonan.
b) Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia
c) Tingkah laku baik
d) Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
iv. Kewarganegaraan secara percantuman wilayah

 ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. Contohnya, penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga - tiga wilayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

No comments:

Post a Comment