Wednesday 23 March 2016

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

i) Terdapat beberapa proses yang terlibat sebelum sesuatu rang undang - undang itu dipinda. Sesuatu rang undang - undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
ii) Di dewan Parlimen, rang  undang - undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jaatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.
iii) Setelah dibahaskan, rang undang - undang Akta Perlembagaan (Pindan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv) Menurut prosuder, rang undang undang dihantarkan kepada Yang di Pertuan Agung untuk diperkenankan. setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agung mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan, iaitu:
          1. Baginda memberi perkenan kepada rang undang undang tersebut dalam tempoh 30 hari.
           2. Baginda memulangkan semula kepada parlimen dengan menyatakan sebab rang undang undang       tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh parlimen.

v) Pengubahsuain yang dibuat terhadap rang undang undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja raja. pengubahsuain ini tidak menjejaskan tujuan pertama rang udang undang akta perlembagaan (pindaan)1993 yang diluluskan oleh parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah undang undang negara.



No comments:

Post a Comment