Semenjak
tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda
kurang lebih 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh
Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang
menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda.
Sesetengah
perkara hanya boleh dipinda denga suara lebih 2/3 dalam tiap - tiap dewan,
dengan syarat telah medapat persetujuan Majlis Raja - Raja. Perkenan dan
Persetujuan Majlis Raja - Raja diperlukan dalam membuat apa - apa pindaan
terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan Raja - Raja Melayu, kedudukan
istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam
perlembagaan. Sebahagian perkara memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.
PERKARA
|
BUTIRAN
|
Perkara 159 (4)
|
Sesetengah perkara yang boleh dipinda dengan
suara majoriti 2/3 dalam tiap - tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan
sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
|
Perkara 161 (E)
|
Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan
bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap - tiap
Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana - mana negeri.
|
No comments:
Post a Comment