Wednesday 23 March 2016

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

§  Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat da pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia.
§  Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntuka dalam jadual berikut:


 
PERUNTUKAN
BUTIRAN
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap - tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang  - undang mengenainya. Contoh undang - undang yan boleh dibuat oleh Parlime ialah Pertahanan, Pelajaran, Hal Ehwal Luar Negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara - perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang - undang di luar perkara persekutuan, undang - undang tersebut adalah tidak sah. Undang - undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan YDPA
Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi, baginda tertakluk kepada halangan - halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. baginda ialah Raja Beperlembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
Kuasa Perundangan
Dijalankan oleh berbagai - bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenaka oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga - tiga cabang kerajaan ( perundangan, pentadbiran, kehakiman ) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Kebebasan Asasi
Merupaka elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuag negara seseorang warganegara, tidak boleh menaha seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana - mana orang melainkan menurut undang - undang. Maka, terdapatlah banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.





3 comments:

  1. Wallpaper buatnya kabur. Saya kurang nampak

    ReplyDelete
  2. nice! thanks for the information ! <33

    ReplyDelete
  3. Sapa yg rasa dia x nmpk sbb wallpaper tu, just copy & msuk word.. settle masalah

    ReplyDelete