Semua Raja
dan Yang di - Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja - Raja.
Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan,
seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik
mengikut peruntukan Undang - Undang Negeri / Tubuh bagi sesuatu negeri itu.
Yang di - Pertua
- Yang di - Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja - Raja bagi
maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di - Pertuan Agong dan Timbalan Yang di -
Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di - Pertuan Agong dan membincangkan
mengenai keistimewaan Raja - Raja.
Yang di - Pertuan
Agong bukanlah Ahli Majlis Raja - Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat
pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri
sebagai penasihat baginda.
Apabila
Majlis Raja - Raja menimbangkan perkara - perkara mengenai dasar negara Yang di
- Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri. Raja - Raja yang lain
dan Yang Dipertua - Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri - Menteri Besar
atau Ketua - Ketua Menteri mereka.
Tiada undang
- undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Raja - Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis
Raja - Raja.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Semua
Raja-raja dan Yang di - Pertua - Yang di - Pertua Negeri secara automatik
menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab - sebab
yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka
seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang - Undang
Negeri / Tubuh bagi sesuatu Negeri.
Yang di - Pertua
- Yang di - Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja - raja bagi
maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di - Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di - Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di - Pertuan Agong
dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja - raja.
Seri Paduka
Baginda Yang di - Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja - raja. Baginda
berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana
Menteri sebagai penasihat Baginda.
No comments:
Post a Comment