Wednesday 23 March 2016

KEDUDUKAN YANG DIPERTUAN AGONG ATAU KEDUDUKAN RAJA

i) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi  tindakan undang - undang. Begitu juga degan Raja - Raja negeri sekiranya raja menghadapi tindakan undang - undang, raja hendaklah berhenti menjalanka fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari, maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.
ii) Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi - fungsinya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalakan fungsi raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi - fungsi raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaia ini diperlukan bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi raja.
iii) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengadungi peruntukan - peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Maka, selaras dengan pindaan yang diperbuat Jadual Kelapan, kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
PENGURUSAN BEKALAN AIR -  Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekala air pada peringkat negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak. hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap da berkesan, walaupun qir sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

KES ROGOL - Pada tahun 1989, beberapa undang - undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatka tahap keadila atau sense of justicebagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenaka tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahka tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.

No comments:

Post a Comment