Wednesday 23 March 2016

Bentuk bentuk perlembagaan

Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan di susun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan ini mengandungi 3 sifat yang utama iaitu:
1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang undang terhadap pekara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang undang yang bertentangan dengan kebebsan asasi.
3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang undang dan melindungi perlembagaan.

 Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya akta parlimen dan keputusan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis , iaitu parlimen mendapat kuasa daripda perlembagaan.








No comments:

Post a Comment